Blog Kata Hati

Blog Kata Hati

Monday, May 31, 2010

Benarkah...Sepi itu Indah..

Dah lama tak melakar dan berkongsi cerita..tak tau kenapa..bukan tiada cerita..tapi merasakan berdiam itu lebih indah..bak kata orang.. ‘Sepi itu Indah..’ Namun..benarkah keindahan dapat kita kecapi jika kita kesepian… sukarkan mengolah makna tersirat…

Perjalanan suatu kehidupan itu tidak akan bermakna jika jalan nya kosong.. tiada keseronokan kalau kita tak di uji…tiada cabaran kalau kita tak diduga… tiada keceriaan kalau kita tak tabah…benar bukan..
Entahlah..mungkin ia cuma mainan kata-kata…tapi kalau kita renungkan sedalamnya..ia memang benar-benar indah…

Dahulu..hati kerap merasa kesal dgn cabaran dan dugaan yang dihadapi..entah dah berapa ratus kali ucapan kesal lahir dari bibir dan terbit dari hati… Namun..bila pengalaman makin menginjak dan pemikiran lebih bijak menenangkan rasa…hilang rasanya kebungkaman itu…terbang entah ke mana…dan yang pasti kesal itu tak sepatut nya hadir.. kerana dugaan inilah yang mematangkan kita..dan ia juga yang merawat kecewa….
Mungkin graf hayat kita telah tertulis..kita perlu melalui episod-episod ini dalam mewarnai kehidupan…

Hidup kita indah…hargai nya lah selagi boleh….