Blog Kata Hati

Blog Kata Hati

Thursday, September 10, 2015

Kata hikmah dari Syeikh Abdul Qadir al-Jailani

Saya terkesan dengan petikan hikmah dari salah satu blog yg saya baca…

“Jika seorang hamba diuji dengan suatu musibah, maka langkah pertama yang perlu dilakukan adalah bangkit dengan dirinya sendiri. Jika tidak mampu maka mintalah pertolongan kepada sesama makhluk.

Jangan mengizinkan hawa nafsumu memasuki hatimu setelah ia keluar. Mengeluakan hawa nafsu dari hati boleh dilakukan dengan menentangnya dan tidak mengikutinya dalam semua keadaan.

Jangan menganggap Allah s.w.t lemah dalam kekuasaanNya, jangan mencela takdirNya dan jangan meragui janji-janjiNya.

Apabila engkau mengeluh kepada Allah s.w.t sedangkan engkau dalam keadaan sihat dan mendapat nikmat, bahkan engkau menuntut yang lebih banyak serta menutup mata dengan nikmat dan kesihatan yang engkau peroleh maka Allah akan murka kepada engkau.

Waspadalah dengan kesyirikan usah mendekatinya dan jauhilah dalam seluruh gerakan dan ketenanganmu pada waktu malam dan siang. Berhati-hatilah dengan maksiat baik maksiat anggota badan dan hati.

Jadilah kebaikan dan keburukan sebagai dua jenis buah dari dua tangkai yang berasal dari satu pohon. Salah satu tangkai menghasilkan buah yang manis dan tangkai satu lagi menghasilkan buah yang pahit.

Bersabarlah jangan tergesa-gesa, redalah dengan ketentuanNya, jangan syak menuduhNya dengan keburukan, maka sejuk keampunanNya akan datang menghampiriMu.
Engkau tega dengan kesabaranmu yang menjadi sebahagian makna orang yang bertawakal hingga kemudahan dan pertolongan terbentang luas di hadapanmu. Allah akan menjanjikanmu dengan serba cukup.

Jika engkau memohon malam didatangkan semula dengan segera semasa cerahnya waktu pagi, maka doa engkau tidak akan dikabulkan olehNya kerana engkau memohon sesuatu yang bukan pada waktunya.

Jika engkau bersedia menempuh jalan akhirat dan menjadikannya sebagai modalmu, maka engkau akan beruntung di dunia dan di akhirat. Bahagian duniamu akan menghampirimu dengan sepenuh senang dan kenikmatan. Engkau akan berada dalam perlindunganNya dan dimuliakan sebagaimana disabdakan Rasulullah s.a.w, 'sesungguhnya Allah s.w.t mengurniakan dunia berdasarkan niat akhirat dan tidak mengurniakan akhirat berdasarkan niat dunia.

Niat merupakan roh ibadah.

Lihatlah dirimu dengan pandangan rahmat dan kasih sayang. Pilihkanlah baginya sebaik-baik kumpulan serta jauhkanlah dari kawan-kawan yang buruk baik sama ada dari kalangan manusia, jin dan syaitan. Jadikanlah al-Quran dan sunnah sebagai pegangan dan pedomanmu, fahamilah kedua-duanya dan amalkanlah. Janganlah engkau terpedaya perkara itu dan ini.

Segala yang disampaikan olej Rasulullah s.a.w berasal dari sisi Allah s.w.t bukan dari hawa nafsu.Oleh itu ikutilah baginda.


Jika engkau menuduh Allah s.w.t dengan keburukan maka engkau telah kafir dengan tuduhanmu itu. Sebabnya engkau mengaitkan kezaliman pada diriNya walhal Allah tidak zalim kepada para hambaNya“

Saturday, August 29, 2015

I'm Back

back after 2 years..looking for new design..new direction..new in me..
still not too late..everybody can change...anything can..

Saturday, August 17, 2013

Bicaraku

Bicara hanya mengikut gerak hati..kata2x perlu dikarang..diluah mengikut rasa..yg penting hati ini senang...
Dh terlalu lama x melapangkn ms mncoret kata..masa terlalu pantas berlalu hinga kadang kala sukar menelah apa yg telah dicapai..
Dugaan dn cabaran bagai telah sebati..tp hati ini sukar insaf..sombong sungguh hati ini..angkuh kah aku..?
Ya Allah..bimbing lah hati ini. .ampun kn dosaku..matikanlah aku dlm iman..amin..

Thursday, March 28, 2013

Our first vacation...

Juz a plan..hopefully brjaya our plan to hv a relaxing time this weekend. Selalu plan tp brakhir ngan cancellation..hehe..
But pity to the kids..frust coz always x jd..
This time pun dh bbrape kali buat amendment with the plan... in the end...only lepak in hotel KL je..hehe..tp xpe..as long got swimming pool still dh buat kids happy...for me..as long can stay in bed without headache nk thinking about kemas rumah..memasak n laundry..dh mmg vacation yg di nanti..:D

Thursday, November 15, 2012

Salam MAAL HIJRAH 1434H

Hari ini Satu Muharam..
Salam Maal Hijrah...

Perlu ada satu azam baru di tahun baru ini..
Perlu ada perubahan untuk terus kan hidup..
Tapi mengapa ye..bile perlu utk laku kan perubahan..pasti cabaran nyer seiring ingin melangkah..
dugaan nyer mula menghampiri..
Akal dan Hati sering ingin berbalah..
satu ingin meneruskan..satu ingin membiarkan..
sukar..
Namun usah di biasa kan kata sukar itu..kerana sukar yg akan datang...
benarkan...
sentiasa fikirkan sesuatu yg tenang dan mudah..kerana itu yang pasti muncul..insyaallah...

Salam Maal Hijrah..moga kebahagiaan...ketenangan...keberkatan..akan sentiasa hadir dalam hidup kita di tahun ini...



Tuesday, October 23, 2012

Mengapa...

Perasaan itu salah…tingkah itu dosa…sikap itu aib…
Namun mengapa sukar untuk melupa…Mengapa kerap diulang.. 
Mengapa masih dikejar…Mengapa agaknya...
Bisikan itu amat kejam..sungguh kejam  kerana mengheret diri ke simpang ini...
Aduhai…adakah ia akan terampun........
insaf..taubat..namun gusar jika ia berulang lagi....

Monday, October 22, 2012

Kisah Kini

Terlalu lama tak menjengah..malas nak mengukir kata meluah rasa..
Sedar tak sedar 2012 hampir sampai ke penghujung nya...pantas benar masa berlalu..ada kala tak terlintas di ingatan apa yg telah kita capai atau lalui sepanjang tahun ini..rugi sungguh rasanya masa berlalu tanpa kita dapat menghayati kenikmatan yg kita tempuhi...
Mengukir kisah tentang diri dan hidup..bagaikan benar pengalamanlah yang  memudahkan diri dan sikap kita menjadi matang..alhamdulillah, retetan hidup menampak kan sinar..ada rasa ceria..indah dan bahagia yg mula dirasa...dan jalan nya..kelihatan cerah walau bukan mudah..cuma perlu berhati meniti jalan itu...
Namun kisah hati pula...hmm..acap kali mengingati diri agar jangan mula untuk mengukir duka...jadikan kisah dahulu sebagai pnghalang dari mencipta duka...
Cinta..kadangkala terfikir apakah rasa itu masih bisa diukir...

Wednesday, January 18, 2012

Dah 2012

Tup tup.. dah 2012..blog ni dh lama di tinggalkan..dh macam setahun sekali je boleh post..hope this year dpt luangkan lebih masa utk kongsi cerita di sini...

Dah berlalu kisah 2011..kisah suka duka tawa tangis perlu 'disimpan' dlm fail memory...nak bukak buku baru..2012 pula...

Alhamdulillah, dpt rezeki baru..dpt keje baru...dh 3 tahun 'melepak' nk start keje balik..mcm liat jugak..tp perlu gak keje..isi masa terluang...anak2 dh sume sekolah..so better gak kan utk start balik keje...

Tempat Keje Baru...hmm..best gak..fun..simple..scenario keje almost sama cam tmpt keje lama..less tense je..but still baru lg..kalo dh keje in purchasing dept..mane la ada yg x tense kan...most important thing..frens sume best..fun n terlalu 'creative' in byk sudut..heh..

Anak-anak...hmmm sume kene belajar berdikari..so far alhamdulillah..masih ok keadaan diorg..tp rumah..aduhai..mcm tongkang pecah...pening...xpe la..slow2 nanti baru ok kut...

hmmm..office hour ni...x bole curi tulang...sembang di lain masa... :D

Wednesday, February 9, 2011

40 hari dalam 2011...

tiap detik berlalu bagai berlari..sedar2 telah 40 hari berada dalam 2011... aduh..pantas benar masa meninggalkan kita..
rentetan hidup berjalan spt biasa..rancangan utk 2011 sentiasa dalam fikiran..moga ia akan dpt selancar spt lajunya masa yg berlalu..mudah2an...
tahun ini..getir juga..krn yg sulung akan mnghadapi UPSR nya..hmm..geram melihat sikap 'tenang' dia..'ibu' kena belajar bersama lah nampak nya.. aduss..tense.. tapi xpelah..pengorbanan kan...
moga pngorbanan ini bisa membuah kan hasil yg dpt mnyejuk kan hati...:)
tika ini..ntah mengapa ye..kenangan silam mudah pula mnjelma..satu2 kisah lalu muncul..buat bibir murah mngukir snyuman...mgkin krn bru sj mmbaca profile2 kwn2 sekolah yg lama...hmm..rindu pd mereka...

Saturday, October 16, 2010