Saya terkesan dengan petikan hikmah dari salah satu blog
yg saya baca…
“Jika seorang hamba diuji dengan suatu musibah, maka
langkah pertama yang perlu dilakukan adalah bangkit dengan dirinya sendiri.
Jika tidak mampu maka mintalah pertolongan kepada sesama makhluk.
Jangan mengizinkan hawa nafsumu memasuki hatimu setelah ia
keluar. Mengeluakan hawa nafsu dari hati boleh dilakukan dengan menentangnya
dan tidak mengikutinya dalam semua keadaan.
Jangan menganggap Allah s.w.t lemah dalam kekuasaanNya,
jangan mencela takdirNya dan jangan meragui janji-janjiNya.
Apabila engkau mengeluh kepada Allah s.w.t sedangkan
engkau dalam keadaan sihat dan mendapat nikmat, bahkan engkau menuntut yang
lebih banyak serta menutup mata dengan nikmat dan kesihatan yang engkau peroleh
maka Allah akan murka kepada engkau.
Waspadalah dengan kesyirikan usah mendekatinya dan
jauhilah dalam seluruh gerakan dan ketenanganmu pada waktu malam dan siang.
Berhati-hatilah dengan maksiat baik maksiat anggota badan dan hati.
Jadilah kebaikan dan keburukan sebagai dua jenis buah dari
dua tangkai yang berasal dari satu pohon. Salah satu tangkai menghasilkan buah
yang manis dan tangkai satu lagi menghasilkan buah yang pahit.
Bersabarlah jangan tergesa-gesa, redalah dengan
ketentuanNya, jangan syak menuduhNya dengan keburukan, maka sejuk keampunanNya
akan datang menghampiriMu.
Engkau tega dengan kesabaranmu yang menjadi sebahagian
makna orang yang bertawakal hingga kemudahan dan pertolongan terbentang luas di
hadapanmu. Allah akan menjanjikanmu dengan serba cukup.
Jika engkau memohon malam didatangkan semula dengan segera
semasa cerahnya waktu pagi, maka doa engkau tidak akan dikabulkan olehNya
kerana engkau memohon sesuatu yang bukan pada waktunya.
Jika engkau
bersedia menempuh jalan akhirat dan menjadikannya sebagai modalmu, maka engkau
akan beruntung di dunia dan di akhirat. Bahagian duniamu akan menghampirimu
dengan sepenuh senang dan kenikmatan. Engkau akan berada dalam perlindunganNya
dan dimuliakan sebagaimana disabdakan Rasulullah s.a.w, 'sesungguhnya Allah
s.w.t mengurniakan dunia berdasarkan niat akhirat dan tidak mengurniakan
akhirat berdasarkan niat dunia.
Niat merupakan
roh ibadah.
Lihatlah dirimu
dengan pandangan rahmat dan kasih sayang. Pilihkanlah baginya sebaik-baik
kumpulan serta jauhkanlah dari kawan-kawan yang buruk baik sama ada dari
kalangan manusia, jin dan syaitan. Jadikanlah al-Quran dan sunnah sebagai
pegangan dan pedomanmu, fahamilah kedua-duanya dan amalkanlah. Janganlah engkau
terpedaya perkara itu dan ini.
Segala yang
disampaikan olej Rasulullah s.a.w berasal dari sisi Allah s.w.t bukan dari hawa
nafsu.Oleh itu ikutilah baginda.
Jika engkau
menuduh Allah s.w.t dengan keburukan maka engkau telah kafir dengan tuduhanmu
itu. Sebabnya engkau mengaitkan kezaliman pada diriNya walhal Allah tidak zalim
kepada para hambaNya“
No comments:
Post a Comment