Blog Kata Hati

Blog Kata Hati

Thursday, September 10, 2015

Kata hikmah dari Syeikh Abdul Qadir al-Jailani

Saya terkesan dengan petikan hikmah dari salah satu blog yg saya baca…

“Jika seorang hamba diuji dengan suatu musibah, maka langkah pertama yang perlu dilakukan adalah bangkit dengan dirinya sendiri. Jika tidak mampu maka mintalah pertolongan kepada sesama makhluk.

Jangan mengizinkan hawa nafsumu memasuki hatimu setelah ia keluar. Mengeluakan hawa nafsu dari hati boleh dilakukan dengan menentangnya dan tidak mengikutinya dalam semua keadaan.

Jangan menganggap Allah s.w.t lemah dalam kekuasaanNya, jangan mencela takdirNya dan jangan meragui janji-janjiNya.

Apabila engkau mengeluh kepada Allah s.w.t sedangkan engkau dalam keadaan sihat dan mendapat nikmat, bahkan engkau menuntut yang lebih banyak serta menutup mata dengan nikmat dan kesihatan yang engkau peroleh maka Allah akan murka kepada engkau.

Waspadalah dengan kesyirikan usah mendekatinya dan jauhilah dalam seluruh gerakan dan ketenanganmu pada waktu malam dan siang. Berhati-hatilah dengan maksiat baik maksiat anggota badan dan hati.

Jadilah kebaikan dan keburukan sebagai dua jenis buah dari dua tangkai yang berasal dari satu pohon. Salah satu tangkai menghasilkan buah yang manis dan tangkai satu lagi menghasilkan buah yang pahit.

Bersabarlah jangan tergesa-gesa, redalah dengan ketentuanNya, jangan syak menuduhNya dengan keburukan, maka sejuk keampunanNya akan datang menghampiriMu.
Engkau tega dengan kesabaranmu yang menjadi sebahagian makna orang yang bertawakal hingga kemudahan dan pertolongan terbentang luas di hadapanmu. Allah akan menjanjikanmu dengan serba cukup.

Jika engkau memohon malam didatangkan semula dengan segera semasa cerahnya waktu pagi, maka doa engkau tidak akan dikabulkan olehNya kerana engkau memohon sesuatu yang bukan pada waktunya.

Jika engkau bersedia menempuh jalan akhirat dan menjadikannya sebagai modalmu, maka engkau akan beruntung di dunia dan di akhirat. Bahagian duniamu akan menghampirimu dengan sepenuh senang dan kenikmatan. Engkau akan berada dalam perlindunganNya dan dimuliakan sebagaimana disabdakan Rasulullah s.a.w, 'sesungguhnya Allah s.w.t mengurniakan dunia berdasarkan niat akhirat dan tidak mengurniakan akhirat berdasarkan niat dunia.

Niat merupakan roh ibadah.

Lihatlah dirimu dengan pandangan rahmat dan kasih sayang. Pilihkanlah baginya sebaik-baik kumpulan serta jauhkanlah dari kawan-kawan yang buruk baik sama ada dari kalangan manusia, jin dan syaitan. Jadikanlah al-Quran dan sunnah sebagai pegangan dan pedomanmu, fahamilah kedua-duanya dan amalkanlah. Janganlah engkau terpedaya perkara itu dan ini.

Segala yang disampaikan olej Rasulullah s.a.w berasal dari sisi Allah s.w.t bukan dari hawa nafsu.Oleh itu ikutilah baginda.


Jika engkau menuduh Allah s.w.t dengan keburukan maka engkau telah kafir dengan tuduhanmu itu. Sebabnya engkau mengaitkan kezaliman pada diriNya walhal Allah tidak zalim kepada para hambaNya“

Saturday, August 29, 2015

I'm Back

back after 2 years..looking for new design..new direction..new in me..
still not too late..everybody can change...anything can..